SEJARAH SEKOLAH
Disalin semula dari Buku Profil
Sekolah.,
Institut Aminudin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
1994
Lebih
kurang dalam tahun 1948, kesedaran telah timbul tentang peri mustahaknya
pelajaran dan persekolahan di sekitar Mukim Ulu Sat, Machang, Kelantan. Maka
dengan usaha Al-Marhum Tuan Haji Ahmad bin Ab Ghani (Imam Tua) Mukim Ulu Sat,
Machang bermulalah sebuah bilik darjah yang boleh menampung lebih kurang 50
orang bercampur lelaki dan perempuan. Bilik darjah ini dibina di bawah rumahnya
sendiri. Guru yang mengajar pada ketika itu ialah Encik Ibrahim dan Encik
Mustapha bin Omar.
Gaji
guru-guru pada masa itu adalah hasil pungutan satu ringgit seorang dari setiap
orang murid dan kadang-kadang ada juga dengan bayaran zakat. Perkembangan persekolahan
bertambah
pesat, bilik darjah yang dibina di bawah rumah itu tidak sesuai lagi, sebab
sempit dan tidak cukup bagi menampung keramaian yang
bertambah. Dengan usaha dan ikhtiar Tuan Imam dan guru-gurunya maka darjah itu
dipindahkan pula ke sebuah rumah tempat stor padi dari peninggalan Jepun dahulu
dengan keluasan lebih kurang 30 x 30. Stor padi itu telah diperbaiki dan diubah
suai bagi membolehkan murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa.
Keramaian
murid telah meningkat kepada lebih daripada 70 orang. Maka dengan ini seorang
guru telah ditambah iaitu Encik Rosdi bin Hj Ismail. Di sini bilik-bilik darjah
sudah merupai sebuah sekolah rakyat (Arab) yang diberi nama Nahdatul Wataniah.
Pada masa itu sudah terbentuk sebuah jawatankuasa bagi mentadbirnya iaitu
dilantik seorang bagi setiap kampung.
Ahli
Jawatankuasa tersebut terdiri daripada:
Pengerusi : Tuan Haji Ahmad bin Ab. Ghani
Setiausaha : En. Ibrahim bin Awang
Bendahari : Tuan Haji Mohd Noor bin Ismail
Ahli
Jawatankuasa :
Tuan Haji Idris bin Kassim
Tuan Haji Muhammad bin Keling
Tuan Haji Ahamd bin Mahmod
Tuan Haji Yaakob bin Isa
En. Salleh bin Ali
Tugas
ahli jawatankuasa ini selain daripada mencari wang untuk membayar gaji
guru-guru, mereka juga berikhtiar untuk mendapatkan tempat dan bangunan yang
sesuai untuk menampung keramaian murid yang semakin bertambah. Hasilnya mereka
memperolehi sebuah tapak iaitu berhampiran dengan sebuah ‘Market Mingguan’ di
sini. Kira-kira dalam tahun 1950 terbinalah sebuah bangunan sekolah yang
diperbuat daripada kayu bulat dan beratapkan nipah (sagu). Ia dibina di atas
sebidang tanah seluas 60 x 20’ persegi. Walaubagaimanapun bangunan ini hanya
dapat digunakan selama 10 bulan sahaja kerana telah musnah dipukul rebut. Murid-murid
terpaksa pula berpindah dan belajar di sebuah stor padi Jepun yang dahulu.
Pihak jawatankuasa telah mengadakan
rundingan dengan pihak Ketua Jajahan Machang untuk menyempurnakan sekolah ini
dan dibawa pula kepada pihak berkuasa, supaya pelajaran anak-anak tempatan
tidak ketinggalan, tetapi tiada keputusan dicapai. Akhirnya pihak jawatankuasa
telah memperolehi satu tempat untuk dibuat tapak bangunan baru dengan jalan
dipinjam daripada tuan-tuan tanah berikut :
Tuan
Haji Mohd Noor bin Ismail
Encik
Daud bin Saamah
Puan
Khadijah binti Osman
Maka
dalam tahun 1951 pihak ahli jawatankuasa telah bergotong royong mendirikan
sebuah bangunan kayu berukuran 100 x 30’. Pihak ahli jawatankuasa telah
bergotong royong membina kerusi meja murid.
Guru-guru
pada masa itu ialah :
Encik
Yaakub bin Awang (Guru Besar)
Encik
Ab. Wahab bin Abdullah
Encik
Ab. Hamid bin Ismail
Keramaian
murid-murid pada masa itu ialah kira-kira 100 orang. Pada peringkat ini
pembayaran gaji guru-guru pula menjadi masalah. Pihak ahli jawtankuasa terpaksa
pula berunding dengan pihak yang berkenaan untuk menyerahkan sekolah ini kepada
kerajaan. Pihak Pejabat Pelajaran hanya sanggup menerima sekolah dan
murid-murid sahaja tetapi gurunya tidak. Pihak ahli jawatankuasa tidak
bersetuju dengan cara ini.
Walau
bagaimanapun dalam tahun 1959 sekolah ini terus diambil kerajaan dan dibina
sebuah bangunan baru yang lain sebagaimana yang ada sekarang dengan keluasan
100 x 20 kaki panjang. Guru Besar pada masa itu ialah Tuan Haji Hussen bin
Awang. Pertambahan murid amat pesat di mana pada peringkat awal sekolah ini
diambil alih oleh kerajaan pada tahun 1959, bilangan murid hanya 120 orang dan
dalam tahun 1973 keramaian murid telah bertambah menjadi 289 orang dengan 10
orang guru.
Keluasan
tanah adalah masalah besar untuk membina bangunan baru di sini. Beberapa
rundingan dan perkiraan telah dibuat. Atas usaha Guru Besar sekarang (Encik
Mohd Zain bin Yusof), perundingan telah dibuat dengan beberapa tuan tanah.
Mereka membuat pertukaran dengan tanah kerajaan. Ada juga di antara meraka
menyerah (menderma) terus tanah mereka kepada sekolah. Tuan-tuan tanah yang
terlibat :
Tuan
Haji Mohd Noor bin Ismail
Encik
Daud bin Sulaiman
Encik
Saman bin Mat Din
Puan
Wan Khatijah binti Osman
Apabila
tanah tapak sekolah diperolehi seluas kira-kira 6 ekar 500 depa maka satu
permohonan telah dibuat kepada pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan
Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sebuah bangunan baru. Dalam tahun 1975,
Jabatan Pelajaran Kelantan telah memasukkan projek bangunan baru bagi sekolah
ini ke dalam Rancangan Malaysia Ketiga untuk dipertimbangkan oleh Kementerian
Pelajaran. (Surat Jabatan Pelajaran PPKn.2482/SJ-55(64) bertarikh 3 Jun 1975)
Walaubagaimanapun
pembinaan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan peruntukan dan beberapa
masalah telah timbul. Projek ini dimasukkan pula ke dalam peruntukan pinjaman
Bank Dunia yang keempat (Surat Jabatan Pelajaran PPKn.2482/SJ-55(64) bertarikh
7 Mei 1977).
Akhirnya
pada 22hb Jun 1980 proses pembinaan bagi bangunana baru yang berkeluasan 240 x
25 kaki itu pun bermula. Bangunan dua tingkat dengan peruntukan asalnya
RM380,000.00 dijangka siap pada 20 September 1981 mengandungi 9 buah bilik
darjah, sebuah pejabat, bilik guru, sebuah bilik TV dan sebuah bilik
perpustakaan. Kemudahan-kemudahan lain ialah sebuah kantin., tempat perhimpunan
murid serta pagar sekolah.
Pembinaan
sekolah terhenti sehingga disambung semula pada bulan September 1982.
Kerja-kerja yang gagal untuk disiapkan dibahagikan antara beberapa orang
kontraktor. Sekolah telah diduduki sebelum ianya disiapkan. Sekolah siap dibina
sepenuhnya pada bulan November 1983.
Untuk
menampung pertambahan murid, sebuah bangunan telah dibina secara gotong royong
telah dibina pada 21 Ogos 1986. Bangunan ini siap dibina pada 15 Disember 1986
denan peruntukan sebanyak RM50 000.00.
Nama
Guru Besar sekolah dari mula diambil oleh kerajaan sehingga sekarang ialah :
1.
En. Yaakub bin Awang
(1951(Sekolah
Rakyat) – 24.04.1964)
2.
Tuan Haji yaakub bin Awang
(25.04.1961–
31.12.1967)
3.
En. Othman bin Abdullah
(01.01.1968
– 31.12.1969)
4.
En. Ismail bin Salleh
(01.01.1970
– 31.12.1972)
5.
Tuan Haji Mohd Zain bin Yusoff
(01.01.1973
- 1989)
6.
En. Jalaluddin bin Ngah
(1989
-1990)
7.
En. Ismail bin Awang
(1990
- 1995)
8.
Puan Hajah Rakiah binti Ab. Rahman
(1995
- 1996)
9.
Haji Yusoff bin Mohamad
(1996
- 1997)
10.
Yang Mulia Raja Sayuti bin Raja
Salleh
(1998
- 1999)
11.
En. Che Awang bin Che Amat
(2000
- 2002)
12.
Puan Rohani binti Mustapha
(2003
- 2004)
13.
En. Zahari bin Mohamad
(2005
– 2011)
14.
Puan Hajah Wan Zainon binti Wan
Ibrahim
(2011 – hingga kini)
No comments:
Post a Comment