Friday, 5 August 2016

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH
Disalin semula dari Buku Profil Sekolah.,
 Institut Aminudin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
1994

Lebih kurang dalam tahun 1948, kesedaran telah timbul tentang peri mustahaknya pelajaran dan persekolahan di sekitar Mukim Ulu Sat, Machang, Kelantan. Maka dengan usaha Al-Marhum Tuan Haji Ahmad bin Ab Ghani (Imam Tua) Mukim Ulu Sat, Machang bermulalah sebuah bilik darjah yang boleh menampung lebih kurang 50 orang bercampur lelaki dan perempuan. Bilik darjah ini dibina di bawah rumahnya sendiri. Guru yang mengajar pada ketika itu ialah Encik Ibrahim dan Encik Mustapha bin Omar.

Gaji guru-guru pada masa itu adalah hasil pungutan satu ringgit seorang dari setiap orang murid dan kadang-kadang ada juga dengan bayaran zakat. Perkembangan persekolahan


bertambah pesat, bilik darjah yang dibina di bawah rumah itu tidak sesuai lagi, sebab sempit dan tidak cukup bagi menampung keramaian yang bertambah. Dengan usaha dan ikhtiar Tuan Imam dan guru-gurunya maka darjah itu dipindahkan pula ke sebuah rumah tempat stor padi dari peninggalan Jepun dahulu dengan keluasan lebih kurang 30 x 30. Stor padi itu telah diperbaiki dan diubah suai bagi membolehkan murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa.

Keramaian murid telah meningkat kepada lebih daripada 70 orang. Maka dengan ini seorang guru telah ditambah iaitu Encik Rosdi bin Hj Ismail. Di sini bilik-bilik darjah sudah merupai sebuah sekolah rakyat (Arab) yang diberi nama Nahdatul Wataniah. Pada masa itu sudah terbentuk sebuah jawatankuasa bagi mentadbirnya iaitu dilantik seorang bagi setiap kampung.


Ahli Jawatankuasa tersebut terdiri daripada:

Pengerusi        : Tuan Haji Ahmad bin Ab. Ghani
Setiausaha      : En. Ibrahim bin Awang
Bendahari       : Tuan Haji Mohd Noor bin Ismail
Ahli Jawatankuasa        :
   Tuan Haji Idris bin Kassim
                           Tuan Haji Muhammad bin Keling
                           Tuan Haji Ahamd bin Mahmod
                           Tuan Haji Yaakob bin Isa
                           En. Salleh bin Ali

Tugas ahli jawatankuasa ini selain daripada mencari wang untuk membayar gaji guru-guru, mereka juga berikhtiar untuk mendapatkan tempat dan bangunan yang sesuai untuk menampung keramaian murid yang semakin bertambah. Hasilnya mereka memperolehi sebuah tapak iaitu berhampiran dengan sebuah ‘Market Mingguan’ di sini. Kira-kira dalam tahun 1950 terbinalah sebuah bangunan sekolah yang diperbuat daripada kayu bulat dan beratapkan nipah (sagu). Ia dibina di atas sebidang tanah seluas 60 x 20’ persegi. Walaubagaimanapun bangunan ini hanya dapat digunakan selama 10 bulan sahaja kerana telah musnah dipukul rebut. Murid-murid terpaksa pula berpindah dan belajar di sebuah stor padi Jepun yang dahulu.

        Pihak jawatankuasa telah mengadakan rundingan dengan pihak Ketua Jajahan Machang untuk menyempurnakan sekolah ini dan dibawa pula kepada pihak berkuasa, supaya pelajaran anak-anak tempatan tidak ketinggalan, tetapi tiada keputusan dicapai. Akhirnya pihak jawatankuasa telah memperolehi satu tempat untuk dibuat tapak bangunan baru dengan jalan dipinjam daripada tuan-tuan tanah berikut :

Tuan Haji Mohd Noor bin Ismail
Encik Daud bin Saamah
Puan Khadijah binti Osman

Maka dalam tahun 1951 pihak ahli jawatankuasa telah bergotong royong mendirikan sebuah bangunan kayu berukuran 100 x 30’. Pihak ahli jawatankuasa telah bergotong royong membina kerusi meja murid.
Guru-guru pada masa itu ialah :

Encik Yaakub bin Awang (Guru Besar)
Encik Ab. Wahab bin Abdullah
Encik Ab. Hamid bin Ismail

Keramaian murid-murid pada masa itu ialah kira-kira 100 orang. Pada peringkat ini pembayaran gaji guru-guru pula menjadi masalah. Pihak ahli jawtankuasa terpaksa pula berunding dengan pihak yang berkenaan untuk menyerahkan sekolah ini kepada kerajaan. Pihak Pejabat Pelajaran hanya sanggup menerima sekolah dan murid-murid sahaja tetapi gurunya tidak. Pihak ahli jawatankuasa tidak bersetuju dengan cara ini.

Walau bagaimanapun dalam tahun 1959 sekolah ini terus diambil kerajaan dan dibina sebuah bangunan baru yang lain sebagaimana yang ada sekarang dengan keluasan 100 x 20 kaki panjang. Guru Besar pada masa itu ialah Tuan Haji Hussen bin Awang. Pertambahan murid amat pesat di mana pada peringkat awal sekolah ini diambil alih oleh kerajaan pada tahun 1959, bilangan murid hanya 120 orang dan dalam tahun 1973 keramaian murid telah bertambah menjadi 289 orang dengan 10 orang guru.

Keluasan tanah adalah masalah besar untuk membina bangunan baru di sini. Beberapa rundingan dan perkiraan telah dibuat. Atas usaha Guru Besar sekarang (Encik Mohd Zain bin Yusof), perundingan telah dibuat dengan beberapa tuan tanah. Mereka membuat pertukaran dengan tanah kerajaan. Ada juga di antara meraka menyerah (menderma) terus tanah mereka kepada sekolah. Tuan-tuan tanah yang terlibat :

Tuan Haji Mohd Noor bin Ismail
Encik Daud bin Sulaiman
Encik Saman bin Mat Din
Puan Wan Khatijah binti Osman

Apabila tanah tapak sekolah diperolehi seluas kira-kira 6 ekar 500 depa maka satu permohonan telah dibuat kepada pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sebuah bangunan baru. Dalam tahun 1975, Jabatan Pelajaran Kelantan telah memasukkan projek bangunan baru bagi sekolah ini ke dalam Rancangan Malaysia Ketiga untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran. (Surat Jabatan Pelajaran PPKn.2482/SJ-55(64) bertarikh 3 Jun 1975)

Walaubagaimanapun pembinaan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan peruntukan dan beberapa masalah telah timbul. Projek ini dimasukkan pula ke dalam peruntukan pinjaman Bank Dunia yang keempat (Surat Jabatan Pelajaran PPKn.2482/SJ-55(64) bertarikh 7 Mei 1977).

Akhirnya pada 22hb Jun 1980 proses pembinaan bagi bangunana baru yang berkeluasan 240 x 25 kaki itu pun bermula. Bangunan dua tingkat dengan peruntukan asalnya RM380,000.00 dijangka siap pada 20 September 1981 mengandungi 9 buah bilik darjah, sebuah pejabat, bilik guru, sebuah bilik TV dan sebuah bilik perpustakaan. Kemudahan-kemudahan lain ialah sebuah kantin., tempat perhimpunan murid serta pagar sekolah.

Pembinaan sekolah terhenti sehingga disambung semula pada bulan September 1982. Kerja-kerja yang gagal untuk disiapkan dibahagikan antara beberapa orang kontraktor. Sekolah telah diduduki sebelum ianya disiapkan. Sekolah siap dibina sepenuhnya pada bulan November 1983.

Untuk menampung pertambahan murid, sebuah bangunan telah dibina secara gotong royong telah dibina pada 21 Ogos 1986. Bangunan ini siap dibina pada 15 Disember 1986 denan peruntukan sebanyak RM50 000.00.

Nama Guru Besar sekolah dari mula diambil oleh kerajaan sehingga sekarang ialah :

1.   En. Yaakub bin Awang                
(1951(Sekolah Rakyat) – 24.04.1964)
2.   Tuan Haji yaakub bin Awang      
(25.04.1961– 31.12.1967)
3.   En. Othman bin Abdullah            
(01.01.1968 – 31.12.1969)
4.   En. Ismail bin Salleh                       
(01.01.1970 – 31.12.1972)
5.   Tuan Haji Mohd Zain bin Yusoff            
(01.01.1973 - 1989)
6.   En. Jalaluddin bin Ngah                       
(1989 -1990)
7.   En. Ismail bin Awang                            
(1990 - 1995)
8.   Puan Hajah Rakiah binti Ab. Rahman 
(1995 - 1996)
9.   Haji Yusoff bin Mohamad                     
(1996 - 1997)
10.                     Yang Mulia Raja Sayuti bin Raja Salleh       
(1998 - 1999)
11.                     En. Che Awang bin Che Amat           
(2000 - 2002)
12.                     Puan Rohani binti Mustapha        
(2003 - 2004)
13.                     En. Zahari bin Mohamad                      
(2005 – 2011)
14.                       Puan Hajah Wan Zainon binti Wan Ibrahim

 (2011 – hingga kini)


Thursday, 26 May 2016

LADAP - Bengkel Pemantapan Penggunaan Frog VLE Di kalangan Guru SKB

Tarikh  :  26 Mei 2016
Hari  :  Khamis
Tempat  :  Makmal Komputer SKB
Masa  :  12.45 tgh- 2.45 petang
Tetamu jemputan : 1. En Mohd Abd Syarid b Said ( Peg. Teknologi Pendidikan, Unit Media &                                              Inovasi, BTPN Kelantan.
                               2. En Iskandar b Ismail ( Peg. Teknologi Pendidikan, PKG Jambu Lawar)













Monday, 16 May 2016

Sambutan Hari Guru 2016


Guru Pembina Negara Bangsa

Itulah tema sambutan hari guru bagi tahun 2016. Banyak maksud tersirat di sebalik tema tersebut. Sama-samalah kita hayatinya.

Bagi SKB, tema pakaian tahun ini ialah "Back To School". Maka, semua guru perlu berpakaian sekolah pada hari ini.

Tentatif program

7.30  :  Murid tahap 1 ke Dewan Terbuka (Bacaan Surah Yaasin)
           Murid tahap 2 berkumpul di Dataran Perhimpunan untuk bergerak ke Masjid - Solat Dhuha,                Solat Hajat dan bacaan Yaasin bersama guru-guru.
           Murid tahap 2 bergerak ke dewan. Guru bersedia menaiki bas sekolah untuk kembali ke  
          sekolah.

8.30 : Ketibaan guru-guru dengan bas sekolah.
          Perarakan masuk guru-guru ke dewan.
          Nyanyian Lagu Negaraku dan Selamat Sultan
          Bacaan doa
          Bacaan perutusan hari guru oleh PK Pentadbiran
          Ucapan Guru Besar.
          Penyampaian hadiah Hari Lahir Guru bulan 5 dan 6.
          Acara memotong pulut kuning dan kek.
          Bacaan ikrar guru.
          Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru, Guru Pembina Negara Bangsa.

10.00  :  Rehat

10.40  :  Acara Dewan

1.00  :  Bersurai

2.00  : Jamuan guru di Selera Tepi Sungai, Tanah Merah.

Di bawah ini adalah corat-coret sepanjang sambutan di SKB.
Sempat bergambar di UiTM dulu.

Barisan guru bersama wakil PIBG.

Acara pakaian beragam murid Pra Sekolah.

Bacaan Yaasin oleh murid tahap 1.

Barisan pentadbir.


Acara memotong pulut kuning dan kek hari Guru.

Hadiah untuk guru bertukar, Cik Norhidayah bt Idris

Tempat ke-3 pertandingan Cermin Berhias, Cg Osman

Tempat ke-4 Pertandingan Cermin Berhias, Tn Hj Ismail

Tempat pertama pertandingan Cermin Berhias, Pn Hjh Suhayati

Ucapan guru bertukar, Cik Norhidayah

Ucapan Guru Besar

Jemput makan!!!

Silakan!!
Pn Hjh Zaiton (SIP+) dan  Pn Kho Chai Kuai (SISC+) sedang membuat penjurian. 
Tempat pertama hingga ke-5

Tempat ke-6 hingga ke-10

Thursday, 28 April 2016

Program Kecemerlangan UPSR 2016

Sebagai menambah input kepada murid, SKB telah bekerjasama dengan sekolah-sekolah di Zon 3 dan beberapa buah sekolah lagi di daerah Machang untuk menganjurkan beberapa program kecemerlangan. Berikut adalah sorotannya.


Bengkel Nyah E di SK Bukit Tiu, Machang.

Bengkel 'Nyah E' ini bertujuan untuk meminimakan murid yang mendapat E. Objektifnya ialah semua murid yang terlibat ini akan lulus pada peperiksaan UPSR kelak.

Seorang wakil bagi setiap mata pelajaran dari setiap sekolah di Zon 3 akan mengajar murid-murid yang telah dipilih oleh sekolah masing-masing.

Pn Hjh Rosidah (KP Panitia Bahasa Inggeris) sedang memberi input.

KAISARA 1 di SM Sains Machang pada 25 dan 26 April 2016






Skor A matematik di UiTM pd 27 April.






Seminar Matematik UPSR 2016 bagi guru di UiTM.






Wednesday, 27 April 2016

Bengkel Penyedian Bahan Bantu Belajar PA21

Tarikh : 6 April 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Belukar
Tetamu : Mdm Khoo Chai Kuai (SISC+ PPDM)





Friday, 22 January 2016

Aktiviti LDP 23 JANUARI 2016

Sabtu, 23 Januari 2016, latihan dalam perkhidmatan kali 1 diadakan di makmal komputer. Bermula pada pukul 8.30 am. Peserta terdiri daripada semua guru dan kaki tangan sekolah dibantu oleh Pensyarah dari Uitm iaitu En Zafian.